Skip to main content

Bagi anda yang masih belum mempunyai permainan The Division, anda kini boleh mencuba permainan ini secara percuma untuk tempoh masa yang terhad. Permainan ini bakal mengadakan tempoh pencubaan hujung minggu ini di PC sahaja.

Tempoh percubaan tersebut akan bermula daripada hari ini sehingga 17 September kelak. Bagi anda yang bermain permainan tersebut dalam tempoh pencubaan itu, setiap kemajuan anda boleh disambungkan sekiranya anda membeli permainan tersebut secara penuh. Ubisoft juga mengadakan promosi jualan diskaun sehingga 60% di Steam. Anda boleh dapatkan permainan tersebut dengan harga hanyalah RM75.60. Berbanding harga asalnya RM189.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memcuba permainan ini secara percuma, disamping membelinya dengan harga promosi.

[download] Muat-Turun : The Division [/download]

Leave a Reply