Informasi Permainan Video Terkini
Demo Permainan FIFA 18 Boleh Dimuat-Turun Sekarang Di PS4, Xbox One Dan PC

Demo Permainan FIFA 18 Boleh Dimuat-Turun Sekarang Di PS4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan FIFA 18 yang bakal dilancarkan 29 September ini, kini anda boleh memuat-turun demo permainan tersebut secara percuma sekarang.

FIFA 18 Demo boleh dimuat-turun sekarang di Playstation 4, Xbox One dan PC. Anda boleh mencuba antara fungsi terbaru FIFA 18 iaitu teknologi Real Player Motion dan juga berpeluang untuk bermain dengan 12 kelab bola sepak seperti Manchester United, Real Madrid dan FC Bayern Munich. Demo ini juga bakal menyertakan sebahagian daripada kesinambungan buat mod pencerita FIFA The Journey daripada FIFA 17.

Muat-Turun : FIFA 18 Playstation Demo

Muat-Turun : FIFA 18 PC Demo

Muat-Turun : FIFA 18 Xbox One Demo