Informasi Permainan Video Terkini
Beta Terbuka Untuk Gundam Versus Pada 2 September Ini – Mulakan Muat-Turun Anda Sekarang

Beta Terbuka Untuk Gundam Versus Pada 2 September Ini – Mulakan Muat-Turun Anda Sekarang

Diterbitkan pada Ogos 31, 2017 oleh .

Gundam Versus merupakan salah satu permainan aksi berlawan secara berpasukan terbaru dibawah siri Mobile Suit Gundam. Melalui Gundam Versus, pemain boleh berlawan anda dua-lawan-dua, atau antara 3-lawan-3.

Permainan ini bakal dilancarkan secara rasminya untuk PlayStation 4 pada 29 September akan datang. Namun, seperti kebiasaan, kini para pemain tempatan boleh mencubanya terlebih dahulu secara percuma melalui fasa beta terbuka yang ditawarkan.

Gundam Versus

Beta terbuka untuk Gundam Versus ini akan bermula 2 September ini, sehingga 4 September kelak untuk pengguna tempatan. Namun, semestinya anda tidak ingin menantikan muat-turun berlaku pada tempoh berkenaan – dan ingin memainkannya terus tanpa menantikan tempoh lama.

Bagi tujuan berkenaan, kini Bandai Namco telah membolehkan anda memulakan proses muat-turun untuk fail bersaiz 13.8GB berkenaan.

Sekiranya anda berminat, mungkin boleh memulakan proses muat-turun, dan kelak pada 2 September 2017 kelak, anda boleh mula memainkannya terus mulai pukul 3 petang.

Muat-Turun Gundam Versus Beta di PS4