Skip to main content

Acara perlawanan antarabangsa Dota 2, iaitu The International sedang berlangsung, dan beberapa perkongsian mengenai permainan Dota 2 turut diumumkan oleh pihak Valve. Setelah berkongsi mengenai permainan kad akan datang bertemakn Dota, kini Valve turut mempertontonkan dua watak baru Dota 2 yang akan datang.

Nama untuk kedua-dua watak ini tidak diumumkan lagi – termasuk informasi lain seperti kelebihan watak dan sebagainya. Terdapat desas-desus mengatakan watak adiwira wanita yang diperlihatkan mungkin dinamakan “Sylph”.

Kedua-dua watak ini akan ditawarkan melalui kemaskini “The Dueling Fates” akan datang – yang mana masih tidak diketahui lagi tarikh penawarnanya.

Leave a Reply