Informasi Permainan Video Terkini
Sonic Mania Untuk PC Ditangguhkan Ke 29 Ogos 2017
PC

Sonic Mania Untuk PC Ditangguhkan Ke 29 Ogos 2017

Diterbitkan pada Ogos 12, 2017 oleh .

Sega kini mengumumkan yang mana versi PC untuk permainan akan datang Sonic Mania ditangguhkan pelancarannya kepada 29 Ogos kelak. Ia sepatutnya dilancarkan pad minggu hadapan, iatu 15 Ogos.

Sega mengatakan penangguhan ini adalah untuk melaksanakan pengoptimasian tambahan untuk versi PC. Sebagai permohonan maaf, Sega akan turut memberikan Sonic the Hedhehog, secara percuma kepada mereka yang telah pra-beli permainan Sonic Mania ini untuk PC.

Penangguhan ini hanya untuk pengguna PC sahaja, sementara pengguna PlayStation, Xbox One dan Nintendo Switch yang membuat pra-beli akan menerima ia pada 15 Ogos seperti dijanjikan.