Nintendo Switch hadir dengan konsep konsol hibrid yang membolehkan pengguna memainkan ia bersama lebih daripada satu rakan pada sesuatu masa. Ketika pelancaran, tiada sebarang pengeluar aksesori menawarkan papan kekunci tambahan kerana tiada permainan yang memerlukannya. Walaubagaimanapun, dengan pengenalan ciri seperti chat dalam permainan dan sebagainya – papan kekunci kini menjadi salah satu aksesori yang diminta ramai pemilik Switch.
Menyedarinya, kini Cyber Gadget hadir dengan sebuah penawaran khusus, iaitu papan kekunci yang dioptimasikan untuk Nintendo Switch.
Papan kekunci ini turut hadir dengan dok pada kiri dan kanan yang membolehkan anda meletakkan alat kawalan Joy-Con. Apa pun, tiada ciri pengecasan untuk alat kawalan yang ditawarkan, dan ia lebih kepada memastikan alat permainan anda tersusun. Papan kekunci ini juga berhubung ke Switch melalui USB.
Selain daripada Nintendo Switch, papan kekunci sama turut boleh digunakan pada PlayStation 4 dan juga PC. Buat masa ini, papan kekunci ini akan ditawarkan di Jepun sahaja.