Informasi Permainan Video Terkini
Bethesda Mengumumkan Fallout 4 Edisi GOTY Akan Ditawarkan Mulai 26 September
PC

Bethesda Mengumumkan Fallout 4 Edisi GOTY Akan Ditawarkan Mulai 26 September

Diterbitkan pada Ogos 11, 2017 oleh .

Bethesda hari ini telah mengumumkan penawaran permainan Fallout 4 Game of the Year Edition – yang mana akan menawarkan permainan asal Fallout 4 bersama sejumlah kemaskini pada permainan, dan penambahan disertakan semua dalam satu. Versi GOTY ini akan ditawarkan oleh Bethesda untuk PC, PlayStation 4 dan Xbox One bermula 26 September kelak.

Fallout 4

Disamping itu, Bethesda akan turut menawarkan Fallout 4 GOTY Pip-Boy secara terhad di Amerika Utara – pada tarikh yang sama.

Bagi anda yang masih tidak berpeluang memainkan permainan yang menerima pujian dan maklumbalas positif ini, mungkin boleh berkira-kira untuk mendapatkan versi GOTY ini pada bulan hadapan.