Sony agak aktif mengumumkan beberapa alat kawalan Dualshock 4 bertemakan permainan akhir-akhir ini. Terkini, tidak ketinggalan, pihak Sony turut telah memperkenalkan alat kawalan Dualshock 4 bertemakan pasukan bola sepak – PlayStation F.C.

Buat masa ini, Sony hanya mengumumkan penawaran ini untuk rantau Eropah sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan hadir ke pasaran tempatan atau sebaliknya.
Pengenalan DualShock 4 bertemakan pasukan bola sepak ini juga selari dengan pengenalan permainan FIFA 18 yang akan hadir pada bulan September ini.
Bagi anda, adakah anda akan mendapatkannya sekiranya ia ditawarkan di Malaysia?



