Humble Bundle sedia popular dengan penawaran pelbagai jenis permainan pada harga murah. Terkini, mereka turut hadir dengan penawaran baru yang mengumpulkan sejumlah permainan indie, dibawah Humble Micro Jumbo Bundle.
Menariknya pada kali ini, selain menawarkan permainan pada harga sangat rendah, para pengguna juga boleh mendapatkan dua permainan secara percuma sebelum membelinya.
Anda hanya perlu memasukkan alamat emel, dan akan menerima dua permainan secara percuma serta merta. Dua permainan yang ditawarkan adalah Pony Island daripada BulkyPix, dan juga Space Pilgrim Episode 1 : Alpha Centauri daripada GrabTheGames.
Bagi anda yang ingin menambah koleksi permainan, boleh ke laman Humble Micro Jumbo Bundle hari ini, dan menyemak penawaran mereka – yang mana adalah hanya terhad untuk sementara waktu sahaja.
[info]Layari : Humble Micro Jumbo Bundle[/info]