Informasi Permainan Video Terkini
2017 Vainglory World Championships Bakal Diadakan Di Singapura

2017 Vainglory World Championships Bakal Diadakan Di Singapura

Diterbitkan pada Ogos 10, 2017 oleh .

Pihak pembangun permua e-sukan popular, Vainglory kini telah mengumumkan yang mana 2017 Vainglory World Championships bakal diadakan di Singapura.

Singapura dipilih sebagai lokasi untuk tahun ini kerana ia merupakan negara dimana permainan ini bermula. Ia telah ditawarkan sebagai beta awal di Singapura pada Disember 2013 lepas – dimana ketika itu ia dikenali dengan nama Kindred.

Sejak pengenalannya, sejumlah perubahan telah berlaku, termasuk penambahan pelbagai watak adiwira baru, serta beberapa perubahan pada bentuk permainan.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut mengenai 2017 Vainglory World Championships ini, dan lihat siapakah yang bakal menjuarai permainan e-sukan pada peranti mudah-alih yang kian popular ini.