Skip to main content

Capcom dan Nintendo kini telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk permainan Monster Hunter Stories di Nintendo 3DS iaitu pada 8 September ini. Capcom juga mengumumkan demo untuk permainan tersebut akan ditawarkan mulai 10 Ogos kelak melalui Nintendo 3DS E-shop.

Monster Hunter Stories adalah permainan pengembaraan oleh Capcom dan merupakan permainan siri variasi Monster Hunter dimana Capcom memfokuskan bentuk permainan pertempuran mengikut turutan, tidak seperti permainan asal Monster Hunter lain yang memfokuskan aksi dan pertempuran masa-nyata. Monster Hunter Stories dilancarkan di Jepun tahun lepas pada 8 Oktober 2016, kini Capcom akhirnya membawa permainan ini ke seluruh dunia pada 8 September 2017.

Bagi anda yang ingin mendapatkan permainan ini, anda mungkin berminat untuk mendapat bersama-sama figura Amiibo Monster Hunter Stories yang sudah dilancarkan bersama permainan ini di Jepun, untuk mendapat beberapa barangan esklusif ketika bermain permainan ini.

Leave a Reply