Informasi Permainan Video Terkini
Knack 2 Kini Boleh Dipra-Tempah Secara Fizikal Atau Digital – Harga Bermula RM149

Knack 2 Kini Boleh Dipra-Tempah Secara Fizikal Atau Digital – Harga Bermula RM149

Diterbitkan pada July 31, 2017 oleh .

Knack 2 adalah permainan kedua dari siri Knack, yang merupakan permainan pelancaran Playstation 4 pada tahun 2013 lepas. Kini, permainan sekuel untuk Knack bakal tiba, dinamakan Knack 2 dan dijadualkan untuk pelancaran pada 5 September ini.

Hari ini, Sony mengumumkan versi lokal permainan Knack 2 akan dilancarkan pada 5 September 2017 dengan harga RM149 untuk versi digital dan RM159 untuk versi fizikal. Knack 2 adalah permainan dari Sony Interactive Entertainment Japan Studio dan Mark Cerny.

Permainan ini akan di datangkan secara esklusif untuk Playstation 4 sahaja. Ia mempunyai bentuk permainan pengembaraan platformer yang sesuai untuk seisi keluarga.

Pemain yang berminat juga boleh membuat pra-tempahan sekarang di PSN Store untuk versi digital dan dimana-mana pengedar rasmi Playstation dari 28 Julai sehinggi 4 September untuk versi fizikal dan mendapatkan tema khas Playstation 4 serta muzik latar permainan.

Bagi anda yang berminat dengan siri permainan Knack, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan permainan ini pada 5 September khas di Playstation 4.