Skip to main content

Pemain permainan Final Fantasy XV mesti terpegun dengan kecantikan kereta Regalia di dalam permainan tersebut. Tetapi disebabkan permainan Final Fantasy XV bukan permainan perlumbaan, anda mungkin agak kecewa kerana tidak boleh berlumba dengan kenderaan tersebut.

Kini, Square-Enix dan Microsoft mengumumkan Regalia, kereta tersebut bakal tiba di Forza Horizon 3, sekaligus membolehkan para peminat kenderaan berkenaan menggunakan kereta tersebut pada Forza Horizon 3 untuk tujuan perlumbaan.

Forza Horizon 3 merupakan siri permainan perlumbaan oleh Microsoft untuk PC dan Xbox One. Dengan kerjasama Square-Enix, Regalia akan disertakan sebagai penambahan percuma untuk semua pemain yang bermain Forza Horizon 3 di Xbox One dan juga PC bermula 1 Ogos ini.

Leave a Reply