Gemly – Kedai Permainan Atas Talian Terbaru Oleh Techland

Techland, iaitu pembangun permainan Dying Light, kini telah melancarkan Gemly, iaitu sebuah kedai permainan atas-talian seakan-akan Steam.

Sempena pelancaran Gemly, terdapat beberapa permainan yang ditawarkan sebagai promosi jualan seperti permainan Techland sendiri, Dying Light: The Following Edisi Enhanced diskaun sebanyak 60% dan The Witcher 3: Wild Hunt Edisi Game Of The Year dengan 50% diskaun.

Menurut Techland, Gemly bukan pengganti Steam atau GOG, malah setiap permainan yang dibeli oleh pelanggan, Gemly akan memberi kod key untuk pelanggan menebus di Steam atau GOG. Gemly juga menyatakan kesemua kod key tersebut merupakan dari sumber yang sah secara langsung dari pembangun dan pengeluar permainan.

Disamping itu, Techland juga menggunakan Gemly sebagai tempat untuk pemain membeli penambahan esklusif seperti Harran Military Rifle untuk permainan Dying Light yang boleh didapati secara percuma di Gemly.

Sohor Kini