Informasi Permainan Video Terkini
Mempunyai Battle Pada Tahap 2000 Di Dota 2? Valve Kini Menawarkan Patung Baby Roshan
PC

Mempunyai Battle Pada Tahap 2000 Di Dota 2? Valve Kini Menawarkan Patung Baby Roshan

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Valve kini mengumumkan ganjaran esklusif berupa sebuah patung Baby Roshan bagi para pemain yang mencapai Battle Level 2000. Tambahan, pemain juga akan mendapat versi Roshan ini untuk digunakan ketika bermain Dota 2 kelak.

Patung ini bersaiz 8.5cm x 9cm dan untuk mendapatkannya, pemain perlu berada di tahap 2000, dan membuat pendaftaran di laman Collector’s Aegis yang merupakan ganjaran untuk pemain tahap 1000, dan mengisi borang penghantaran untuk menerima kedua-dua ganjaran, Aegis dan Baby Roshan. Anda perlu menggunakan akaun Steam untuk memasuki laman tersebut.

Penghantaran adalah terhad untuk satu patung setiap akaun dan pendaftaran perlu dilakukan sebelum 25 Ogos 2017. Selepas pendaftaran ditutup, Valve akan menghubungi pemain untuk proses penghantaran ganjaran tersebut.

Daftar : Collector’s Aegis