Informasi Permainan Video Terkini
Monkey King: Hero Is Back Diumumkan Untuk Playstation 4

Monkey King: Hero Is Back Diumumkan Untuk Playstation 4

Diterbitkan pada July 26, 2017 oleh .

Sony Interactive Entertainment Japan Asia bersama October Media dan Oasis Games kini telah mengumumkan Monkey King: Hero Is Back The Game, iaitu sebuah permainan baru yang akan hadir ke PlayStation 4. Pengumuman ini dilakukan bersempena dengan persidangan Playstation Chinajoy di Shanghai.

Permainan ini merupakan adaptasi dari filem animasi dengan tajuk yang sama yang ditayangkan pada tahun 2015 lepas. Ia dibangunkan oleh Sony Interactive Entertainmen bersama Hexa Drive, diselia oleh October Media dan dikeluarkan seluruh dunia oleh Oasis Games.

Permainan ini merupakan permainan berbentuk, pengembaraan dimana pemain akan bermain sebagai Monkey King atau Jiang Lieur dan mengembara bersama penceritaan seperti di dalam filem – disamping penambahan cerita dan musuh yang baru.

Di China juga, Sony Interactive Entertainment Japan Asia mengumumkan mereka akan melancarkan Playstation 4 edisi permainan tersebut yang mempunyai rekaan khas Monkey King: Hero Is Back.

Tarikh pelancaran permainan ini masih belum dikongsikan buat masa ini.