Re-Aksiz Nyah Kotak Xbox One X Gold Rush Battlefield V

Hari ini kami ingin berkongsi video nyah kotak untuk konsol Xbox One X edisi berwarna Gold Rush iaitu berkas bersama Battlefield V yang dilancarkan 11 November 2018 lepas.

Konsol berkas ini menyertakan sebilangan kandungan digital seperti kod langganan untuk EA Access, Xbox Game Pass, Xbox Live Gold bersama-sama dengan permainan Battlefield V, Battlefield 1 dan Battlefield 1943.

Ianya dijual dengan harga RM1,699.

Sohor Kini