Mingguan Aksiz – Xbox Series X, Xbox Series S dan PUBG Mobile 1.0

Minggu ini, Epic Games Store menawarkan dua permainan percuma dan menganjurkan jualan promosi sehingga 24 September. Manakala Microsoft pula akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran dan harga untuk Xbox Series X dan Xbox Series S. EA pula mengumumkan yang EA Play akan disertakan bersama dengan Xbox Game Pass.

Ubisoft ketika Ubisoft Forward telah mengumumkan beberapa permainan iaitu Prince of Persia: The Sands of Time Remake, Immortals Fenyx Rising, Scott Pilgrim vs the World: The Game Complete Edition dan tarikh baharu pelancaran Assassin’s Creed Valhalla.

Nintendo pula mengumumkan Hyrule Warriors: Age of Calamity akan dilancarkan November ini. Tencent akhirnya melancarkan PUBG Mobile 1.0 yang antaranya menyokong bahasa melayu.

Acer dan Osim telah membuka sesi pra-tempah untuk Predator Gaming Chair x Osim mereka. Warner Bros akhirnya berkongsi video acah pertama untuk filem Dune. AMC pula mengumumkan yang The Walking Dead akan berakhir selepas musim ke-11.

Sohor Kini