Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini Nintendo mengumumkan tiga berkas baharu untuk 2DS LL bagi pasaran Jepun. Berkas tersebut adalah berdasarkan permainan Minecraft, Animal Crossing dan Mario Kart 7.

Digital Extremes melalui kerjasama bersama Panic Button mengumumkan Warframe akan dikeluarkan untuk Switch. Selain itu Team Cherry mengumumkan permainan Hollow Knight untuk Switch terjual sebanyak 250 ribu unit makakala untuk PC 1 juta unit setakat ini.

Razer minggu ini melancarkan dompet nirtunai mereka iaitu Razer Pay yang memfokuskan perkhidmatan permainan video. Clash of Clan semenjak dikeluarkan sudah menjana pendapatan sebanyak $4 bilion iaitu tertinggi untuk permua di App Store. Manakala Pokemon Quest untuk iOS dan Android kini sudah dimuat turun sebanyak 3.5 juta kali dan menjana pendapatan sebanyak $3 juta.

Arc System Works mengumumkan permainan Kill la Kill the game: IF akan dikeluarkan pada tahun 2019 untuk Playstation 4 dan PC. SEGA pula mengumumkan Shenmue I & II untuk Playstation 4, Xbox One dan PC bakal tiba pada 21 Ogos 2018 dan Twitch mengumumkan senarai permainan percuma bagi pelanggan Twitch Prime untuk bulan Julai 2018.

Jim Carrey dilaporkan bakal memegang watak Dr Robotnik di dalam filem aksi-nyata Sonic the Hedgehog manakala Legendary dan Sunrise akan menerbitkan filem aksi-nyata berdasarkan siri Mobile Suit Gundam.

Sohor Kini