Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Sony mengadakan tawaran promosi khas sempena bulan Ramadhan dan Aidilfitri buat konsol Playstation 4.

Manakala Red Dead Online pula kini meninggalkan fasa Beta. Epic Games pula melancarkan acara khas sempena tayangan filem John Wick buat permainan Fortnite. Melalui acara Nintendo Direct, Nintendo berkongsi informasi lanjut berkenaann Super Mario Maker 2.

Dauntless pula akhirnya mendapat tarikh pelancaran rasmi dan Blizzard pula umum WoW Classic bakal dilancarkan tidak lama lagi. SNK juga berkongsi tarikh pelancaran untuk Samurai Shodown.

Mojang pula umum permua realiti-terimbuh Minecraft Earth dan Ubisoft menawarkan permainan Steep secara percuma.

Sohor Kini