Informasi Permainan Video Terkini
Mingguan Aksiz – Spider-Man, FIFA 18 Playstation League Asia & Mineski

Mingguan Aksiz – Spider-Man, FIFA 18 Playstation League Asia & Mineski

Diterbitkan pada Apr 8, 2018 oleh .

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini Sony dan Imsoniac Studios akhirnya berkongsi tarikh pelancaran bagi permainan Marvel’s Spider-Man. Selain itu, Activision juga mengumumkan permainan Spyro Reignited Trilogy secara rasmi.

Manakala Square-Enix pula mengumumkan 4 lagi DLC bakal tiba buat Final Fantasy XV menjelang 2019 ini. Ubisoft juga tidak lupa untuk berkongsi perancangan mereka buat permainan Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands buat tahun kedua.

Buat arena permua, Warner Bros. Interactive akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permua Harry Potter: Hogwarts Mystery. Selain itu Epic Games juga melancarkan secara rasmi permua Fortnite Battle Royale.

PUBG Corp pula mengambil tindakan buat pembangun permua “Rules Of Survival” kerana meniru elemen permainan PUBG. Razer pula mengumumkan kedai permainan digital mereka sendiri, Razer Game Store.

Buat arena E-Sukan, Sony mengumumkan liga FIFA 18 Playstation League Asia 2018 bakal berlangsung minggu hadapan. Selain itu, pasukan Fire Dragoon pula kini dibubarkan dan pasukan Mineski berjaya memenangi kejohanan Dota 2 Asia Championship 2018.

 

TIPS & ULASAN