Mingguan Aksiz – Shenmue, ESM Dan Geek Fam

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini SEGA mengumumkan permainan pernambah-baik Shenmue I dan II bakal tiba tahun ini. Manakala Capcom pula berkongsi tarikh pelancaran permainan kompilasi Megaman X Legacy Collection iaitu pada 24 Julai ini.

Boss Key Production pula mengumumkan permainan battle royale baru iaitu Radical Heights. NetEase pula ingin menyaman kembali klon-klon permua battle royale yang dilancarkan oleh syarikat lain.

Di arena e-sukan, Asus mengadakan acara kejohanan Dota 2 ROG Conquest di Penang manakala ESM Melancarkan Program Pemilihan Pasukan E-Sukan 2018 Di Seluruh Negara. Acer Predator pula kini menaja pasukan Geek Fam.

Akhir sekali, bekas CEO pasukan Fire Dragoon, Fire Kam kini menubuhkan dan mengetuai organisasi e-sukan terbaru yang dinamakan FrostFire.

Sohor Kini