Mingguan Aksiz – PSXSEA 2018, PS4 Spider-Man dan Filem Uncharted

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini penerbit Gran Turismo Sport mengumumkan permainan tersebut mencapai 5 juta pemain. Manakala Sony pula berkongsi senarai ticket buat PSX SEA 2018. Sony dan Insomniac Games juga berkongsi edisi terhad PS4 buat permainan Spider-Man.

Capcom dan Square-Enix juga mengumumkan edisi terhad buat permainan Resident Evil 2 dan Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age. Nintendo pula mengumumkan kandungan The Legend of Zelda: Breath of The Wild buat permainan Mario Kart 8 Deluxe dan Monster Hunter Generations Ultimate.

ConcernedApe pula berkongsi tarikh pelancarna mod multi-pemain buat Stardew Valley. Manakala Hello Games berkongsi video khas buat kemaskini NEXT bagi permainan No Man’s Sky. Blizzard pula mengumumkan watak Wrecking Ball pula bagi tiba tidak lama lagi buat Overwatch.

Manakala Xaviant pula menghentikan pembangunan permainan The Culling 2. Two Point Studios pula berkongsi tarikh pelancaran Two Point Hospital dan Garena bakal membawa permainan Contra: Returns! di pasaran Malaysia.

Akhir sekali, pengarah Allan Ungar menghasilkan filem pendek khas berdasarkan permainan Uncharted.

Sohor Kini