Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, berlangsungnya acara Playstation Experience (#PSXSEA2018) Asia Tenggara di Bangkok Thailand yang mana berlangsungnya pelbagai demonstrasi dan persembahan permainan oleh Playstation.

Selain itu, Sony juga mengumumkan bahawa PSVR kini telah terjual sebanyak 3 juta unit dan mereka juga mengumumkan berkas Playstation 4 bersama permainan Fortnite.

Activision pula menunda permainan Spyro Reignited Trilogy dan Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran Dark Souls untuk Switch. Manakala Blizzard pula mengumumkan permainan Diablo Eternal Collection secara rasmi di konsol Switch.

Epic Games pula akhirnya melancarkan permua Fortnite secara berperingkat di peranti Android dan PUBG Mobile pula telahpun dimuat-turun sebanyak 100 juta muat-turun.

 

Sohor Kini