Mingguan Aksiz – PSVita, Black Ops 4 Dan E-Stadium Malaysia

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini Sony mengumumkan bahawa siri Gran Turismo Sport telah mencapai 80.4 juta hasil jualan. Manakala Starde Valley pula akhirnya bakal tiba buat konsol Playstation Vita. Namun, Sony menyatakan bahawa mereka akan menghentikan pengeluaran permainan fizikal Vita.

Square-Enix pula berkongsi informasi lanjut berkenaan Kingdom Hearts 3 manakal Activision pula mengumumkan Call Of Duty: Black Ops 4 secara rasmi. Blizzard pula mengadakan acara khas sempena ulang tahun ke-2 permainan Overwatch.

Bethesda pula mengumumkan permainan Rage 2 secara rasmi dan peta Miramar akhirnya tiba buat permua PUBG mobile. Microsoft mengumumkan alat kawalan khas buat orang kurang upaya manakala Deep Silver menundakan permainan Shenmue 3. Selain itu, Boss Key Production akhirnya ditutup secara rasmi.

Bagi arena e-sukan, pihak AESF akan mempamerkan 6 permainan e-sukan ketika acara Sukan Asia 2018 dan Syed Saddiq pula berminat untuk menyediakan fasiliti E-Stadium di Malaysia.

 

Sohor Kini