Mingguan Aksiz – PSPlus, Artifact Dan AirAsia Saiyan

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini Sony mengumumkan permainan percuma buat Playstation Plus bagi bulan April. Square-Enix pula akhirnya mengumumkan Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age buat pasaran Malaysia. Selain itu, Bandai Namco juga mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan New Gundam Breaker.

Manakala permainan LEGO The Incredibles pula akhirnya diumumkan secara rasmi. Frontier Development pula berkongsi tarikh pelancaran buat permainan Jurassic World Evolution. Permainan No Man’s Sky pula bakal menerima kemaskini terbaru pada tahun ini.

Valve pula berkongsi bentuk permainan bagi Artifact yang diumumkan tahun lepas. Selain itu, Pokemon GO juga menerima kemaskini terbaru yang memperkenalkan mod misi.

Akhir sekali, AirAsia kini mengambil alih pasukan e-Sukan Mobile Legend, iaitu Team Saiyan.

Sohor Kini