Mingguan Aksiz – PS5 Akan Tiba Di Malaysia Pada Bulan Hadapan!

Minggu ini, Sony akhirnya mengumumkan harga dan tarikh rasmi pelancaran konsol PlayStation 5 buat pasaran Malaysia. Selain itu, beberapa permainan ekslusif Sony juga diumumkan akan tiba sekitar tahun hadapan. Selain itu, koleksi permainan Nioh dan Deathloop juga diumumkan akan tiba tahun hadapan. Manakala Ghost Of Tsushima telah terjual 5 juta unit.

The Textorcist pula ditawarkan secara percuma di Epic Games Store dan Bioware umum permainan trilogi Mass Effect akan kembali sebagai permainan pernambah-baikkan. All Elite Wrestling pula akan menerima permainan yang dibangunkan oleh Yuke’s dan Halo 4 untuk PC akan tiba pada 17 November 2020 ini.

Fallout 76 pula akan menerima kemaskini kandungan baharu dan Tekken 7 musim keempat bermula secara rasmi. PUBG Mobile pula menerima versi lebih ‘ringan’ dan Alba: A Wildlife Adventure, iaitu permainan seterusnya oleh pembangun Monument Valley akan tiba minggu hadapan.

Untuk Jeda, musim ketiga The Umbrella Academy diumumkan secara rasmi. WandaVision akan mula ditayangkan pada Januari ini dan Tenet meraih kutipan melebihi RM1.4 bilion.

Sohor Kini