Minggu ini Epic Game Store menawarkan Pikuniku sebagai Permainan Percuma. Sony pula mengumumkan permainan PS Plus untuk bulan Oktober dan mereka juga telah membuka sesi pra-tempah untuk Marvel’s Spider-man: Miles Morales serta Sackboy: A Big Adventure.


Nintendo pula mengumumkan watak seterusnya untuk Super Smash Bros. Ultimate, tarikh pelancaran The Crown Tundra untuk Pokemon Sword & Shield dan memperlihatkan secara lanjut Mario Kart Live: Home Edition.

SEGA pula mengumumkan tarikh pelancaran untuk Yakuza: Like a Dragon, Apex Legends menerima sokongan rentas-platform, Torchlight 3 akan dikeluarkan pada bulan ini dan Blizzard telah menunda World of Warcraft: Shadowland.

Zynda telah mengumumkan penutupan FarmVille di Facebook, CD Projekt Red melancarkan permainan mudah alih The Witcher: Monster Slayer di Malaysia dan Team Secret pula menjuarai PUBG Mobile Pro League.

Universal telah menunda No Time to Die dan F9 ke tahun hadapan, Mukhsin menerima sentuhan resolusi 4K, Disney mengesahkan The Lion King dan akhir sekali animasi Resident Evil: Infinte Darkness akan tiba ke Netflix tahun hadapan.

Sohor Kini