Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Sony mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Mac 2019. Manakala Guerilla Games pula berkongsi jumlah jualan Horizon Zero Dawn dan membawa kostum khas buat permainan PUBG. Sony juga mengumumkan pengeluaran Playstation Vita ditamatkan.

Square-Enix pula berkongsi Dissidia Final Fantasy NT edisi percuma dan Capcom umum 3 permainan Resident Evil bakal tiba di Switch. Nintendo pula umum permainan Pokemon baharu dan Overkill: The Walking Dead dibatalkan secara rasmi.

Watak baharu Overwatch diumumkan dan Fortnite musim ke-8 bermula minggu ini. Manakala Chucklefish pula berkongsi tarikh pelancaran Stardew Valley diumumkan untuk peranti Android.

Akhir sekali, untuk arena e-sukan, menteri belia dan sukan, Syed Saddiq umum liga e-sukan bakal diadakan bulan ini.

Sohor Kini