Minggu ini, Epic Games Store menawarkan permainan Dungeons 3 secara percuma. Manakala di Humble Store pula, Kingdom Classic juga ditawarkan secara percuma. Square-Enix pula melancarkan demo percuma untuk permainan Dragon Quest XI S Echoes Of An Elusive Age. Manakala Team 17 mengadakan sesi beta terbuka untuk Worms Rumble. Override 2: Super Mech League diumumkan untuk akan tiba Disember ini dan Warframe disahkan akan dilancarkan di konsol PlayStation 5. Sony pula menawarkan jualan promosi khas PS4 bersempena 11.11 ini dan Switch mencapai jumlah jualan sebanyak 68 juta unit. Mobile Legends Bang Bang pula sudah dimuat-turun melebihi 1 bilion kali dan Genshin Impact akan menerima kemaskini baharu. Manakala Apex Legends musim ketujuh pula bermula secara rasmi. Among Us pula akan menerima kemaskini baharu menjelang Disember ini. Kerajaan mengumumkan peruntukkan sebanyak RM15 juta untuk esukan dan acara ServerDNA akan kembali secara digital. Akhir sekali, Finas kongsi jumlah kutipan filem tempatan untuk tahun ini.

Sohor Kini