Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Sony mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan konsol mini PlayStation Classic pada Disember ini.

Selain itu, permainan Marvel’s Spider-Man juga dilaporkan telah terjual sebanyak 3.3 juta salinan dengan hanya 3 hari sejak pelancaran. Manakala Nintendo pula akhirnya mengumumkan kemaskini sistem operasi 6.0.

Telltale Games pula dilaporkan bahawa mereka akan ditutup dan Garena akhirnya melancarkan Contra Returns secara rasmi.

Akhir sekali, Acer minggu ini mengumumkan bahawa mereka bakal membawa kembali Asia Pacific Predator League buat tahun 2019.

Sohor Kini