Mingguan Aksiz – Playstation 5, PUBG Mobile dan MPL Musim Ke-3

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Sony umum secara rasmi konsol seterusnya Playstation. Manakala Microsoft pula umum Xbox One S All-Digital dan Xbox Game Pass Ultimate.

Bandai Namco pula umum senarai watak DLC untuk Jump Force dan DLC pertama untuk One Piece World Seeker. Nintendo pula melancarkaan kemaskini 3.0 untuk Super Smash Bros. Ultimate dan watak DLC pertama. Nintendo juga umum tarikh pelancaran Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order. Naughty Dog pula menyatakan rakaman sinematik buat The last Of Us Part II kini selesai.

Minggu ini juga terdapat banyak permainan percuma yang ditawarkan untuk pemain di PC iaitu Forza Street, Assassin’s Creed Unity, dan Transistor.

Di arena E-Sukan, PUBG Mobile Malaysia National Championship diumumkan untuk musim kedua dan Pasukan Geek Fam menjuarai Kejohanan MPL Musim 3 Playoffs.

Sohor Kini