Mingguan Aksiz – PlayStation 5, P.T. Dan Filem Uncharted

Minggu ini, Epic Games Store menawarkan dua lagi permainan seram secara percuma bersempena dengan bulan Halloween. Manakala Ubisoft pula umum perkhidmatan Ubisoft Connect. Sony pula umum aplikasi hiburan yang akan tiba pada hari pertama di konsol PlayStation 5. Pada masa yang sama mereka juga umum kolaborasi khas bersama Travis Scott. Konami pula mengesahkan PT tidak boleh dimainkan di konsol PlayStation 5.

Bersempena bulan Halloween, Call of Duty Warzone dan Mordern Warfare menerima kandungan khas. Fortnitemares juga diumumkan berlangsung dan Hearthstone akan menerima kandungan baharu bulan hadapan. Penambahan baharu bertemakan musim salji pula akan tiba di The Sims 4 dan kandungan pasca-pelancaran Assassin’s Creed Valhalla diumumkan. Apex Legends pula akan tiba di Steam dan permainan seterusnya Kojima Productions kini dalam pembangunan.

Axle Motorsports mengumumkan kejohanan permainan RaceRoom akan diadakan bulan hadapan dan GSC pula menyediakan servis bermain permainan video di Pawagam.

Di Jeda, francais filem Fast & Furious dilaporkan akan tamat dengan filem ke sebelas dan video acah pertama Raya And The Last Dragon dipertontonkan. Akhir sekali, wajah Tom Holland sebagai Nathan Drake diperlihatkan secara rasmi buat filem Uncharted.

Sohor Kini