Mingguan Aksiz – Permainan Percuma PSPlus Dan Mechamato!

Minggu ini Sony umum permainan percuma untuk pelanggan PlayStation Plus manakala Epic Games menawarkan satu permainan percuma sempena permainan percuma mingguan di Epic Games Store. Valve pula berkongsi senarai permainan dengan pendapatan tertinggi di Steam.
Arc System Works dan Nexon umum DNF Duel bersama dengan watak baharu untuk Guilty Gear Strive. Manakala Nintendo pula berkongsi permainan terlaris di konsol Switch.
Bagi anda yang bermain permua, minggu ini Garena melancarkan permainan Fairy Tail: Forces Unite! dan AFK Arena menerima kandungan khas kolaborasi bersama Persona 5.
Di Jeda pula, Demon Slayer: Mugen Train mendapat kutipan yang tinggi dan Wonder Woman 3 akan dipercepatkan oleh Warner Bros. Manakala Monsta pula berkongsi video acah baharu untuk filem Mechamato.

Sohor Kini