Minggu ini, Epic Games Store menawarkan dua lagi permainan seram secara percuma bersempena dengan bulan Halloween. Manakala Sony pula mengumumkan permainan percuma PlayStation Plus bagi bulan November. Selain itu, mereka juga mengemaskini aplikasi PlayStation dan paparan antaramuka PlayStation Store. Nintendo pula mengadakan acara Nintendo Direct dengan pelbagai pengumuman dan Valve membawa kembali acara Diretide untuk permainan Dota 2. Genshin Impact pula menjana pendapatan yang tinggi dan EA mengumumkan FIFA 21 akan tiba di konsol PS5 dan Xbox Series. Bagi anda yang menanti permainan Far Cry 6, Destruction Allstar dan Cyberpunk 2077, anda perlu menantinya dengan lebih lama kerana permainan-permainan tersebut kini disahkan ditunda. Akhir sekali untuk Jeda, Netflix mengumumkan pelbagai projek baharu dan Ejen Ali: The Movie kini tiba secara rasmi di Netflix.

Sohor Kini