Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Sony umum fungsi menukar nama pengguna PSN akhirnya tiba. Sony juga umum berkas Playstation 4 baharu dan Dualshock 4 baharu.

Manakala Sekiro pula mencapai hasil jualan sebanyak 2 juta dan EA berkongsi video acah Star Wars Jedi: Fallen Order. Metronomik pula memperlihatkan video acah No Straight Roads dan Octopath Traveler dan Yakuza Kiwami 2 dilaporkan bakal tiba di PC.

Permua Very Little Nightmares buat iOS diumumkan oleh Bandai Namco dan Epic Games pula umum pusingan kelayakan Fortnite World Cup bermula. Shopee pula menaja pasukan E-Sukan Mobile Legend Bosskur.

Upin & Ipin mencapai filem animasi kutipan tertinggi di Malaysia dan tarikh pelancaran platform Disney+ diumumkan.

Sohor Kini