Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Nintendo umum set Labo baharu, iaitu Nintendo Labo VR. Selain itu mereka juga mengumumkan permainan NES baharu untuk pelanggan Nintendo Switch Online.

Square-Enix pula umum Octopath Traveler versi Permua bakal dilancarkan di Jepun. SEGA pula berkongsi tarikh pelancaran Judgment dan Bandai Namco juga kongsi tarikh pelancaran buat Sword Art Online: Hollow Realization Deluxe Edition untuk Switch.

Manakala permainan Apex Legends pula kini mencapai 50 juta pemain. Sony pula umum Remote Play PS4 kini tiba di peranti iOS bersama-sama dengan tema khas PS4 bersempena Hari Wanita Sedunia.

Akhir sekali, PUBG Corp umum kejohanan buat PUBG Mobile bakal diadakan bermula bulan ini.

Sohor Kini