Mingguan Aksiz – Nintendo Labo, Arena Of Valor dan PUBG Mobile

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini Hi-Rez Studios mengumumkan Realm Royale bakal tiba di konsol. Manakala Epic Games pula melancarkan kemaskini terbaru buat Fortnite sempena ulang tahun pertama.

Konami pula mengumumkan tarikh buat demo Pro Evolution Soccer 2019. Manakala Sony pula berkongsi tarikh pelancaran buat Astro Bot Rescue Mission.

Untuk konsol Switch pula, Nintendo mengumumkan set Labo seterusnya manakala Hi-Rez Studio pula melancarkan Paladins secara percuma.

Di arena permua, Wonder Woman kini tiba di Arena Of Valor dan PUBG Mobile pula menerima kemaskini terbaru, mod perang.

Sohor Kini