Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini Capcom akhirnya mengumukan tarikh pelancaran Monster Hunter World buat versi PC. Mereka juga berkongsi tarikh acara kolaborasi bersama Final Fantasy XIV. Selain itu, Capcom juga mengumumkan animasi 3D khas buat francais Monster Hunter.

Epic Games pula akhirnya mengumumkan musim kelima buat Fortnite. Pada masa yang sama, mereka juga melancarkan Fortnite Battle Royale secara rasmi buat PSN Store Malaysia. Selain itu, mereka juga mengajurkan kejohanan Fortnite pada minggu ini.

THQ Nordic pula mengumumkan tarikh pelancaran buat Darksiders III. Selain itu, Bandai Namco mengumumkan permainan Tokyo Ghoul: Re Call To Exist dan menyatakan Code Vein Ditundakan. Square-Enix berkongsi bahawa Rinoa merupakan watak DLC seterusnya buat Dissidia Final Fantasy NT dan permainan seram Pamali yang berdasarkan cerita rakyat Indonesia diumumkan.

Akhir sekali, Tencent menyatakan bahawa mereka akan melancarkan platform WeGame secara global kelak.

Sohor Kini