Mingguan Aksiz – Microsoft Beli Bethesda, Project NEXT dan Black Widow

Minggu ini, Epic Games Store menawarkan RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition secara percuma. Selain itu, Rocket League pula kini menjadi permainan percuma. Microsoft minggu ini telah mengumumkan yang mereka bakal mengambil-alih Zenimax Media.

Nintendo telah melancarkan Kirby Fighters 2 untuk Switch. Sports Interactive telah mengumumkan yang Football Manager 2021 akan dikeluarkan pada 24 November ini. Square Enix pula mengumumkan yang Nier Replicant akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Valve telah melancarkan kemaskini The Last Stand untuk Left 4 Dead 2. Geoff Keighley mengesahkan tarikh untuk The Game Awards 2020. Mobile Legends menerima kemaskini utama Project Next. Disney tunda Black Widow, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dan The Eternals. Akhir sekali, The CW mengumumkan yang Supergirl akan berakhir selepas musim ke-6.

Sohor Kini