Minggu ini Epic Games Store, Ubisoft dan GOG menawarkan permainan percuma bersempena dengan perayaan Krismas. Manakala Sony juga menawarkan jualan khas berkas konsol PlayStation 4 dan permainan sehingga tahun hadapan.

Cyberpunk 2077 dinyah-senarai daripada PSN Store dan ditawarkan pembayaran semula atas sebab masalah pepijat permainan. Manakala Innersloth pula, mengumumkan permainan Among Us di konsol Switch ketika acara Nintendo Indie World. Selain itu, Nintendo juga umum 5 permainan baharu untuk SNES dan NES bagi pelanggan Nintendo Switch Online. Sephiroth pula kini dilancarkan secara rasmi sebagai watak DLC untuk Super Smash Bros. Ultimate dan Shigeru Miyamoto pula memperlihatkan taman tema Super Nintendo World dengan lebih lanjut.

PUBG musim ke-10 pula bermula secara rasmi dan Natsume memperlihatkan video acah baharu untuk Harvest Moon: One World. Control pula menerima tarikh pelancaran untuk versi PS5 dan Xbox Series.

Riot Games dan Garena berkongsi perancangan esukan untuk permua League Of Legends Wild Rift dan Free Fire. Manakala Sukan Asia 2022 diumumkan akan diadakan acara Esukan sebagai sukan rasmi.

Di Jeda, Netflix umum tiga filem Yasmin Ahmad dilancarkan minggu ini. Manakala Netflix Jepun pula umum siri aksi-nyata Yu Yu Hakusho di dalam pembangunan.

Sohor Kini