Mingguan Aksiz – Marvel’s Spider-man, PUBG Mobile dan Upin & Ipin

Minggu ini, Sony mengumumkan potongan harga sebanyak RM250 untuk perkakas Playstation. Manakala Microsoft pula, mengumumkan senarai permainan yang ditawarkan percuma untuk Xbox Live Gold bagi bulan Januari.

Selain itu, Sukan Asia Tenggara 2019 akhirnya mengumumkan 6 permainan yang bakal dipertandingkan semasa acara tersebut yang akan berlangsung pada akhir tahun hadapan di Filipina.

Insomniac Games mengumumkan kostum Spider-man berdasarkan filem arahan Sam Raimy dan lakonan Tobey Maguire kini disertakan di dalam permainan Marvel’s Spider-man.

Square Enix pula memperlihatkan video acah untuk episod-2 bagi Life is Strange 2. CAPCOM minggu ini mengumumkan bermulanya musim baharu untuk Street Fighter V dan mengumumkan watak baharu iaitu Kage.

Bersempena Krismas, sebilangan permainan seperti Hitman 2, Rocket League dan Overcooked! 2 menawarkan kandungan khas. PUBG Mobile minggu ini menerima peta baharu iaitu Vikendi.

Filem baharu buat siri XXRAY iaitu XXRAY III menerima video acah baharu, selain itu Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal juga menerima video acah kedua.

Sohor Kini