Mingguan Aksiz – KFC Umum Konsol Permainan?!

Minggu ini Epic Games Store, menyertakan satu lagi permainan percuma di mana ia adalah sebahagian daripada permainan percuma setiap hari sempena perayaan Krismas ini. Manakala CD Projekt Red pula umum Cyberpunk 2077 telah terjual sebanyak 13 juta unit.

Fortnite pula menerima kostum adiwira Marvel baharu.Bandai Namco pula umum kedai dalam talian baharu oleh mereka dan Jualan Steam Winter Sale kini berlangsung dengan pengundian The Steam Awards 2020.

KFC pula umum konsol permainan KFConsole dan PUBG Mobile menerima kandungan khas bertemakan musim salji. Nintendo pula menyediakan fungsi laporan pemain untuk sepanjang tahun ini dan Kementerian Belia dan Sukan umum kejohanan Esukan Malaysia 2020.

Terakhir, Wau Animation umum animasi pendek Ejen Ali Misi: Juang boleh ditonton di Youtube secara percuma.

Sohor Kini