Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, video acah permainan Harry Potter tertiris. Manakala Sony pula akan mengadakan acara anugerah Playstation Awards 2018. Pada masa yang sama, Sony juga mengumumkan kejohanan E-Sukan buat FIFA19.

Selain itu, Sony juga mengumumkan berkas Red Dead Redemption 2 dan Rockstar Games juga berkongsi trailer terbaru buat permainan tersebut. Square-Enix pula berkongsi tarikh pelancaran buat The Quiet Man. Manakala Mojang pula berkongsi nilai jualan buat permainan Minecraft.

Funko pula mengumumkan figura Funko Pop! bertemakan Fortnite dan figura LEGO berdasarkan permainan Overwatch juga diumumkan.

Akhir sekali, Nintendo dilaporkan sedang dalam perancangan untuk menghasilkan konsol Switch terbaru.

Sohor Kini