Mingguan Aksiz – Death Stranding, Playstation Plus dan Pokemon

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Sony mengumumkan tarikh pelancaran buat Death Stranding. Permainan percuma buat Playstation Plus bagi bulan Jun juga diumumkan dan harga langganan Playstation Plus juga bakal ditingkatkan menjelang Ogos ini.

Selain itu, Samurai Shodown boleh dicuba untuk tempoh masa terhad dan Bloodstained: Ritual of The Night menerima watak baharu. Activision pula umum Call Of Duty Modern Warfare bakal tiba.Dragon Quest Builders 2 diumumkan bakal tiba buat pasaran Malaysia.

Nintendo pula mengumumkan sokongan realiti-maya buat Super Smash Bros. Ultimate dan The Pokemon Company mengadakan acara persidangan khas dan mengumumkan pelbagai pengumuman baharu buat permainan Pokemon.

Akhir sekali, NetEase dan Marvel umum permua Moba khas Marvel Super War di mana ianya kini boleh dimuat-turun.

Sohor Kini