Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini Sony mengumumkan Playstation 4 Slim edisi terhad sempena acara Days Of Play bersama permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus sempena bulan Jun.

Manakala Ubisoft pula mengumumkan permainan Assassin’s Creed Odyssey dan Bethesda mengumumkan permainan Fallout 76. Kedua-dua permainan tersebut akan dikongsikan informasi lanjut ketika E3.

Nintendo pula mengumumkan dua permainan Pokemon iaitu Pokemon Let’s Go dan Pokemon Quest.

Akhir sekali, PUBG Corp memfailkan saman terhadap permainan Fortnite kerana melanggar hak cipta intelek.

Sohor Kini