Informasi Permainan Video Terkini
Mingguan Aksiz – Days Gone, PES 2019 Dan Playstation League Asia

Mingguan Aksiz – Days Gone, PES 2019 Dan Playstation League Asia

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini Bend Studio berkongsi sejam pertama buat permainan Days Gone. Manakala Santa Monica Studio pula akhirnya melancarkan mod foto buat permainan God Of War.

Blizzard pula melancarkan kostum Pink Mercy sempena acara amal. Selain itu, Konami pula mengumumkan permainan Pro Evolution Soccer 2019 akan dilancarkan. Activision pula akan melancarkan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy lebih awal buat versi platform lain.

Capcom perlu berkongsi tarikh pelancaran Monster Hunter Generations Ultimate dan mengumumkan permainan Monster Hunter World mencapai 8 juta salinan diedarkan. Bagi anda yang bermain Fortnite Battle Royale, Epic Games membenarkan pemain untuk menggunakan Thanos melalui mod terbaru.

Valve pula mengumumkan mereka akan melancarkan Steam Link buat peranti Telefon Pintar dan Nintendo berkongsi informasi tambahan berkenaan Nintendo Switch Online.

Buat arena E-Sukan, Persatuan E-Sukan Sarawak kini ditubuhkan dan Playstation Asia dan ESL Asia mengadakan acara Playstation League Asia 2018 FIFA18 dan CODWWII 2018 Asia Championship pada hujung minggu ini.

TIPS & ULASAN