Minggu ini Epic Games Store menawarkan dua permainan percuma. Manakala Ubisoft pula menunda permainan Prince Of Persia: The Sands Of Time Remake. Atlus mengumumkan tarikh pelancaran untuk Persona 5 Strikers dan Cristiano Ronaldo diumumkan akan tiba di permainan Garena Free Fire.

Genshin Impact akan menerima kemaskini baharu menjelang bulan ini dan Cyberpunk 2077 menerima pra-tempah sehingga 8 juta unit. Steam pula menyokong alat kawalan DualSense secara menyeluruh.

Acara anugerah The Game Awards berlangsung minggu ini secara rasmi di mana The Last Of Us Part II meraih kemenangan dengan sejumlah 7 anugerah. Selain itu, acara tersebut juga memperlihatkan pelbagai permainan diumumkan.

Untuk Jeda, Disney umum kandungan baharu untuk MCU dan Star Wars manakala Sony pula membeli platform penstriman anime, Crunchyrolls.

Sohor Kini