Mingguan Aksiz – Berkas PS4, AirAsia Saiyan Dan Domino’s Esport

Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini, Sony mengumumkan 2 berkas Playstation 4. Manakala DLC kedua buat Marvel’s Spider-Man pula bakal tiba tidak lama lagi.

Selain itu, Square-Enix pula mengumumkan sebilangan pengumuman baru sempena tahun kedua Final Fantasy XV. Red Dead Redemption 2 pula mencapai hasil jualan sebanyak 17 juta unit.

Aplikasi Youtube pula kini boleh dimuat-turun di Switch dan Crackdown 3 pula bakal dilancarkan pada Februari 2019 kelak. Razer pula melancarkan kedai permainan digital PC melalui Lazada.

Di PUBG pula, kostum Joker dan Harley Quinn dari Suicide Squad diumumkan. Di arena e-sukan pula, AirAsia Saiyan melepaskan kesemua pemain mereka dan Domino’s Pizza melancarkan inisiatif pembangun e-sukan sendiri.

Sohor Kini