Mingguan Aksiz melihat kepada perkembangan dunia permainan video sepanjang minggu ini. Minggu ini EA akhirnya mengumumkan permainan Battlefield secara rasmi.

Manakala Sony pula menyatakan permainan God Of War telah mencapai hasil jualan melebihi 5 juta unit. Selain CEO Sony juga menyatakan bahawa Playstation 4 kini menghampiri jangka hayat akhir konsol. Quantic Dream pula berkongsi trailer terbaru Detroit Become Human sempena pelancarannya minggu ini.

SEGA pula mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan pernambah-baikkan buat Yakuza 3, Yakuza 4 dan Yakuza 5.

Nintendo pula mengumumkan set Nintendo Switch 2nd Unit Set dengan berkas tanpa dok Switch dan Capcom pula melancarkan Resident Evil 7: Biohazard Cloud Version di konsol tersebut.

Akhir sekali, Warhorse Studios mengumumkan 4 DLC bakal tiba buat permainan Kingdom Come: Deliverance.

 

Sohor Kini